Selasa, 11 Maret 2014

Zoo

Munster – Seorang pekerja zoo mati dibaham seekor harimau di depan pengunjung selepas dia terlupa mengunci pintu kandang ketika waktu makan.
Pekerja berpengalaman berusia 56 tahun itu sedang meletakkan makanan di luar kawasan kandang harimau Siberia itu di Zoo Munster, Jerman apabila dia diserang dari belakang.
Haiwan berkenaan menggigit leher pekerja itu yang hanya dikenali sebagai Martin H, menyebabkan dia mati serta-merta.
Ia tugas seharian yang dilakukannya apabila kejadian ngeri itu berlaku di depan pengunjung. Kejadian berpunca daripada kesilapannya kerana tidak mengunci pintu dalam kandang yang memnyebabkan harimau itu boleh menyerangnya.
Siasatan dilakukan pihak berkuasa untuk menentukan punca kejadian.
Bagaimanapun, teori paling kuat ialah ia berpunca daripada kesilapan manusia.
MAYAT pekerja zoo berkenaan ditutup dengan kain putih. Gambar kecil, harimau yang membaham Martin.
Mei lalu, seorang wanita Britain dibaham seekor harimau di kawasan pekerja dalam kandang haiwan berkenaan.
Kejadian itu menysuli satu kejadian sebelum ini yang menya Sarah McClay, 24, mati selepas diserang harimau Sumatera di Taman Haiwan Liar South Lake di Cumbria. – AFP

0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!